HOW TO BRAIDING BASE RATTAN
- mira_zainudin
- Oct 26, 2015
- 2 min read
ALATAN MENGANYAM ROTAN
1. Pembaris digunakan untuk mengukur
2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting
3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.
1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.

2. Sebatang rotan latitud dianyam

3. Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar

4. Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya menganyamkannya

5. Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama

6. Anyaman mudah

LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA BERPALANG
1. 15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2. Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

3. Anyamkan

4. Anyamkan satu pusingan dan teruskan

5. Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud

6. Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

7. Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah

8. Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan

9. Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam tapaknya.

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL
1. Lagang
Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.
2. Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.
3. Lepih
Dikenali sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut
4. Sisip
Proses ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai
5. Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik.
Comments